ceritanya
mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang dilautan
dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti
yang mereka hadapi. Anak ikan ini bertanya,
"Apa
banyakkah perkara yang anak anda tidak ketahui wahai ibu?".
Ibu ikan ini
pun berkata, "Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara
yang amat penting yang ibu ingin sampaikan...ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita
ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga
alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu
katakan...Suatu hari nanti, anakanda akan beruji dengan godaan-godaan yang
mengelirukan akal... akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk
oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar.
Cacing itu
kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir
akan apapun kecuali utk menikmati juadah yang enak itu... tetapi anakanda kena
ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh
sengsara."
"Alam apa
itu ibu?" "Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher
anakanda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan akananda akan merasa
kesakitan di mulu anakanda. Kemudian, mereka akan tarik anakanda ke arah
sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta...
anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan
berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara...
Kemudian mereka
akan membawa anakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang
dan mencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka.
Siksaan mereka belum selesai...manusia itu akan mengelar- ngelar
anakanda,menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu tak dapat
bayangkan dan ceritakan..", sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.
"Setelah
dikelar-kelar... anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak, sehingga
percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu... manusia
kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga
segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna...
Akhirnya..
anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak
mengenal erti belas kasihan itu... Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang
sedikit... ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas
tu..."
Si anak..hanya
mengangguk-anggukkan kepalanya... dalam hatinya masih tidak yakin..kerana belum
pernah ketemu cacing yang sebegitu... Suatu hari.. setelah di anak ini
remaja..dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya..mereka terlihat seekor cacing
yang amat besar, tampak lazat berseri-seri... semua ikan-kan itu telah
mendengar cerita dari orang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya
dengan mata kasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan
mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yang tidak
yakin dengan cerita ibunya tadi berkata, "
Ahhhh...masakan
benar kata-kata ibuku.. makanan selazat ini tidak akan mendatangkan apa-apa
kecuali kenyang perutku. Ini habuanku....", terlintas nafsu yang dtg
menggoda... lalu.. setelah si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan
dengan rakusnya membaham cacing itu... mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang
amat sangat...setelah puas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan
sedih dalam dirinya.. kerana dia tahu...apa yang ibu katakan memang
benar...cuma segalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu.
0 komentar:
Posting Komentar